Tuesday, November 22, 2011

Kursus Penulisan Berkesan di Cherating, Pahang

- Last week juga: Rabu - Jumaat
                     Residence Inn, Cherating

Tahun ni nampaknya saya murah dengan kursus, sebabnya tahun lepas kekurangan kursus, maka pada tahun ini sudah terlebih. It's okay la kan, menambah ilmu jua.

Kursus Penulisan Berkesan adalah berkenaan menulis surat, memo, sedikit pendedahan penulisan memorandum, tapi bukan penulisan menulis blog dan macam biasa, tatabahasa.

Kendatipun (walau bagaimanapun) sekiranya ingin mengasah bakat menulis kita, we should write anything/something at least 1 page everyday. 

        
Di belakang saya adalah chalet penginapan kami, bukan di atas air, jauh sekali di tepi pantai.
'Pemandangan' di dalam chalet yang di luarnya tiada pemandangan, saya dan roomate hanya tidur semalaman dan kami dibenarkan pindah ke bilik biasa. 


Jadi, dengan gembiranya kami ke bilik baru...
 
...yang sememangnya lebih selesa dan best.

Ada beranda & di tingkat bawah sahaja.
Nice bathroom
 





A room with a view
Petang selepas kelas, saya dan beberapa kawan lain berjalan ke pantai yang terletak lebih kurang setengah kilometer dari Residence Inn. 
Indahnya ciptaan Allah
Di kampung saya pun ada pantai macam ini juga.
Perjalanan pulang pada kursus kali ini tidak dijemput oleh suami saya kerana faktor jarak dan lain-lain. Moral of the story, jangan berkursus di tempat yang jauh.  

No comments:

Post a Comment