Wednesday, November 23, 2011

Badai Semalam di Istana Budaya

 
First time menjejakkan kaki di Istana Budaya. Untuk apa, untuk teater Badai Semalam pada hari saya baru balik dari Cherating. Teater bermula pukul 8.30 malam.

Badai Semalam diadaptasi dari novel karya Khadijah Hasyim, novel tersebut pernah dijadikan buku teks sastera tingkatan 4/5 tahun 80an. I'm sure ada kakak-kakak saya yang sempat menggunakan buku tersebut sebab semasa saya di sekolah rendah saya ada terbaca buku itu. 
Watak utama (Mazni) dilakonkan oleh Erra Fazira, Aaron Aziz (Karim), Zaki (Fizz Fairuz), juga ada Ummi Aida, Emelda Rosmila, Zeila Jalil dan ramai lagilah. 
Tirai akan dibuka sebentar lagi dan sebarang rakaman adalah dilarang. 
Posted by ALAF21FC
Mazni anak seorang pembantu rumah membesar di bawah naungan ibunya yang tua dan uzur menumpang berteduh di sebuah banglo milik Encik Haris dan Puan Rohana. Mazni membesar di dalam rumah tersebut dengan penuh kesederhanaan kerana menyedari diri dan ibunya hanya menumpang berteduh di situ.

Walaupun majikan ibunya amat berbesar hati membenarkan mereka tinggal disitu, tetapi pandangan jiran tetangga amat buruk dan negatif terhadap mereka. Jiran-jiran di situ berasa irihati dan cemburu dengan kecantikan dan kebijaksanaan Mazni apatah lagi bila Karim, anak Encik Haris dan Puan Rohana mula jatuh hati kepada gadis tersebut.Mula-mula Mazni hanya menganggap karim sebagai abangnya.

Dari perassan kasih jatuh kepada cinta. Karim berjaya menambat hati Mazni untuk bercinta dengannya. Walaupun Mazni tahu latarbelakang Karim yang suka berfoya-foya dan tidak ada komitmen dalam menjalinkan hubungan, telah mula berubah laku selepas di timpa musibah kemalangan yang berjaya menginsafkan dirinya.
Layanan mesra oleh Mazni membuatkan Karim beria ingin memperisterikan Mazni. Walau banyak tentangan dan fitnah yang dilemparkan, tetapi Karim nekad memperisterikan Mazni. Puan Rohana, ibu Karim tidak bersetuju jika anaknya itu ingin menyunting Mazni, anak bekas orang gaji mereka.
Malu nanti bila orang luar mula memperkatakan maruah keluarga nanti.

Mazni sedar akan dirinya itu yang tidak mempunyai apa-apa. Dia nekad untuk berkahwin dengan Karim lantaran kasihnya mula bersemi pada lelaki itu. Walaupun Mazni diminati oleh Zaki, tetapi hatinya terlebih dahulu diserahkan kepada Karim. Ibu Mazni begitu kecewa lagi apabila mendengar tomahan fitnah dari orang tetang Mazni yang berkelakuan tidak senonoh itu. Di saat Mazni memerlukan sokongan, ibunya meninggal dunia. Tingallah Mazni berdua dengan Karim sebagai suami isteri.

Dalam pada masa yang sama Mazni menyambung pelajaran di sebelah malam. Hari berganti hari, terlalu banyak dugaan yang mendatang. Mazni terpaksa membahagikan masa dengan pelajarannya. Sedikit sebanyak, Mazni terpaksa mengenepikan
kehendak Karim. Mazni yang berasa kecewa dengan sikap Karim yang mula berubah laku selepas mendirikan rumahtangga. Karim kembali dengan perangai lamanya yang suka berfoya-foya kerana merasakan Mazni telah mengabaikannya dan sibuk dengan buku-bukunya. Apakah kesudahan hidup Mazni? Berjayakah Mazni mencapai cita-citanya? Zaki yang tidak pernah jemu-jemu menagih kasih pada Mazni masih belum berputus harap. Siapakah yang setia di sisinya?.

Berehat seketika untuk sesi fotografi.

 
 
Mazni telah berjaya dalam peperiksaan. Semasa dimasukkan ke hospital kerana dipukul suaminya, Mazni minta untuk dilepaskan. Kerana kecewa Karim terlibat dalam kemalangan.
Zaki pula ingin bersama Mazni, namun Mazni tetap dengan keputusannya untuk ke Kuala Lumpur bagi memenuhi cita-cita arwah ibunya supaya dia dapat ke universiti dan berjaya menggengam segulung ijazah.

Begitulah kesudahannya.

Best sebab dapat menyaksikan pelakon berlakon secara live. Props yang diangkat, ditolak, ditarik...macam itu rupanya teater.



 
Sekian.

No comments:

Post a Comment