Wednesday, November 23, 2011

Badai Semalam di Istana Budaya

 
First time menjejakkan kaki di Istana Budaya. Untuk apa, untuk teater Badai Semalam pada hari saya baru balik dari Cherating. Teater bermula pukul 8.30 malam.

Badai Semalam diadaptasi dari novel karya Khadijah Hasyim, novel tersebut pernah dijadikan buku teks sastera tingkatan 4/5 tahun 80an. I'm sure ada kakak-kakak saya yang sempat menggunakan buku tersebut sebab semasa saya di sekolah rendah saya ada terbaca buku itu. 
Watak utama (Mazni) dilakonkan oleh Erra Fazira, Aaron Aziz (Karim), Zaki (Fizz Fairuz), juga ada Ummi Aida, Emelda Rosmila, Zeila Jalil dan ramai lagilah. 
Tirai akan dibuka sebentar lagi dan sebarang rakaman adalah dilarang. 
Posted by ALAF21FC
Mazni anak seorang pembantu rumah membesar di bawah naungan ibunya yang tua dan uzur menumpang berteduh di sebuah banglo milik Encik Haris dan Puan Rohana. Mazni membesar di dalam rumah tersebut dengan penuh kesederhanaan kerana menyedari diri dan ibunya hanya menumpang berteduh di situ.

Walaupun majikan ibunya amat berbesar hati membenarkan mereka tinggal disitu, tetapi pandangan jiran tetangga amat buruk dan negatif terhadap mereka. Jiran-jiran di situ berasa irihati dan cemburu dengan kecantikan dan kebijaksanaan Mazni apatah lagi bila Karim, anak Encik Haris dan Puan Rohana mula jatuh hati kepada gadis tersebut.Mula-mula Mazni hanya menganggap karim sebagai abangnya.

Dari perassan kasih jatuh kepada cinta. Karim berjaya menambat hati Mazni untuk bercinta dengannya. Walaupun Mazni tahu latarbelakang Karim yang suka berfoya-foya dan tidak ada komitmen dalam menjalinkan hubungan, telah mula berubah laku selepas di timpa musibah kemalangan yang berjaya menginsafkan dirinya.
Layanan mesra oleh Mazni membuatkan Karim beria ingin memperisterikan Mazni. Walau banyak tentangan dan fitnah yang dilemparkan, tetapi Karim nekad memperisterikan Mazni. Puan Rohana, ibu Karim tidak bersetuju jika anaknya itu ingin menyunting Mazni, anak bekas orang gaji mereka.
Malu nanti bila orang luar mula memperkatakan maruah keluarga nanti.

Mazni sedar akan dirinya itu yang tidak mempunyai apa-apa. Dia nekad untuk berkahwin dengan Karim lantaran kasihnya mula bersemi pada lelaki itu. Walaupun Mazni diminati oleh Zaki, tetapi hatinya terlebih dahulu diserahkan kepada Karim. Ibu Mazni begitu kecewa lagi apabila mendengar tomahan fitnah dari orang tetang Mazni yang berkelakuan tidak senonoh itu. Di saat Mazni memerlukan sokongan, ibunya meninggal dunia. Tingallah Mazni berdua dengan Karim sebagai suami isteri.

Dalam pada masa yang sama Mazni menyambung pelajaran di sebelah malam. Hari berganti hari, terlalu banyak dugaan yang mendatang. Mazni terpaksa membahagikan masa dengan pelajarannya. Sedikit sebanyak, Mazni terpaksa mengenepikan
kehendak Karim. Mazni yang berasa kecewa dengan sikap Karim yang mula berubah laku selepas mendirikan rumahtangga. Karim kembali dengan perangai lamanya yang suka berfoya-foya kerana merasakan Mazni telah mengabaikannya dan sibuk dengan buku-bukunya. Apakah kesudahan hidup Mazni? Berjayakah Mazni mencapai cita-citanya? Zaki yang tidak pernah jemu-jemu menagih kasih pada Mazni masih belum berputus harap. Siapakah yang setia di sisinya?.

Berehat seketika untuk sesi fotografi.

 
 
Mazni telah berjaya dalam peperiksaan. Semasa dimasukkan ke hospital kerana dipukul suaminya, Mazni minta untuk dilepaskan. Kerana kecewa Karim terlibat dalam kemalangan.
Zaki pula ingin bersama Mazni, namun Mazni tetap dengan keputusannya untuk ke Kuala Lumpur bagi memenuhi cita-cita arwah ibunya supaya dia dapat ke universiti dan berjaya menggengam segulung ijazah.

Begitulah kesudahannya.

Best sebab dapat menyaksikan pelakon berlakon secara live. Props yang diangkat, ditolak, ditarik...macam itu rupanya teater.



 
Sekian.

1st Anniversary

22 November

22 November 2011 is the first anniversary of this blog. Alhamdulillah, genap setahun berblog dengan entry yang tak seberapa.
Terima kasih kepada yang sudi singgah di sini (my husband, my family and my friends).


Tuesday, November 22, 2011

Kursus Penulisan Berkesan di Cherating, Pahang

- Last week juga: Rabu - Jumaat
                     Residence Inn, Cherating

Tahun ni nampaknya saya murah dengan kursus, sebabnya tahun lepas kekurangan kursus, maka pada tahun ini sudah terlebih. It's okay la kan, menambah ilmu jua.

Kursus Penulisan Berkesan adalah berkenaan menulis surat, memo, sedikit pendedahan penulisan memorandum, tapi bukan penulisan menulis blog dan macam biasa, tatabahasa.

Kendatipun (walau bagaimanapun) sekiranya ingin mengasah bakat menulis kita, we should write anything/something at least 1 page everyday. 

        
Di belakang saya adalah chalet penginapan kami, bukan di atas air, jauh sekali di tepi pantai.
'Pemandangan' di dalam chalet yang di luarnya tiada pemandangan, saya dan roomate hanya tidur semalaman dan kami dibenarkan pindah ke bilik biasa. 


Jadi, dengan gembiranya kami ke bilik baru...
 
...yang sememangnya lebih selesa dan best.

Ada beranda & di tingkat bawah sahaja.
Nice bathroom
 





A room with a view
Petang selepas kelas, saya dan beberapa kawan lain berjalan ke pantai yang terletak lebih kurang setengah kilometer dari Residence Inn. 
Indahnya ciptaan Allah
Di kampung saya pun ada pantai macam ini juga.
Perjalanan pulang pada kursus kali ini tidak dijemput oleh suami saya kerana faktor jarak dan lain-lain. Moral of the story, jangan berkursus di tempat yang jauh.  

Monday, November 21, 2011

Alumni UIAM

Salam,
Last week we went for a reunion dinner untuk Alumni UIAM.

Saya rasa sangat teruja apabila mendapat undangan tersebut. 
 
UIAM Gombak
It was not our first visit after the convocation, but when it was an alumni gathering the excitement was very high. 
The banner
Rektor wanita pertama
Luckily, our table was next to the IIUM Rector.

Nasi beriani dengan kari macam dalca la kot, ayam, kambing.


Makanan-makanan lain, tepung pelita, murtabak singapura, buah-buahan dan abc.
Bakal Rektor

Setiausaha Sulit Kanan kepada bakal rektor
Classmates lain tak datang pun, rasanya because of the invitation yang lewat kami terima. I don't know why the alumni devision buat kerja last minute.
Selepas dinner, kami dijemput ke auditorium untuk menonton persembahan pelajar-pelajar kulliyyah undang-undang.


Anyway, just enjoy the moment at UIAM/IIUM.

"Lead with passion, be a legend"


Alumnus, plural alumni: someone who has left a school, college or university after finishing their studies there

Tuesday, November 15, 2011

Dinner di Grand Dorset

Last week we went to..
 ..Grand Dorset Subang Hotel,  ada annual dinner di sana.
Google image - Grand Dorset  

Lobi hotel
 Me, myself and I
 Kami antara hadirin yang datang awal, jadi banyak lagi kekosongan.
To whom he smiled at...?


The bread puding sangat sedap, syukur ke hadrat Ilahi :) 

Concorde II

Transformasi Peribadi Transformasi Prestasi


Semasa kursus tersebut, gaya penyampaian penceramah/penyarah slow and steady, mungkin supaya peserta lebih dapat berfikir dan menyelami apa yang nak disampaikan. 

Antara tips yang diberikan;

Ciri-ciri keperibadian yang berjaya:
1) Sense of purpose (halatuju hidup)
2) Resilience (jatidiri)
3) Sense of urgency (dorongan kecepatan)
4) Eye for detail (keterperincian)
5) People orientation (prihatin pada orang lain)
6) Assertiveness (dorongan untuk menyuarakan pendapat)

Saya juga diberitahu bahawa to gain our knowledge and skills  we need to write journal or anything instead of reading. Jadi, saya pun berhasrat nak buat macam tu jugalah :)

Minda positif perlu sentiasa ada bersama, barulah hati akan bahagia kerana hati yang bahagia membawa kepada hidup yang gembira dan bermakna. 

Perkara utama kepada hati yang bahagia adalah mendekatkan diri kepada Yang Maha Esa.

Friday, November 11, 2011

11.11.11

Salam, 


Today is eleven eleven eleven, Friday. 
It is just a number. Last night my husband and I went to a dinner at Grand Dorset Hotel Subang.

That's all.

Thursday, November 10, 2011

Concord

Saya dapat menghadiri kursus Transformasi Personaliti Transformasi Prestasi di Hotel Concord, Jalan Sultan Ismail Kuala Lumpur. I went there by ERL early in the morning, sama macam orang-orang Putrajaya yang bekerja di Kuala Lumpur.
ERL (Express Rail link)
Sampai di KL Sentral saya perlu berjalan keluar untuk ke stesyen Monorail (ini merupakan pengalaman yang jarang-jarang saya dilalui) dengan langkah yang agak laju supaya dapat tiba di hotel tepat pada masanya.
My destination di tengah kota metropolitan :)
Mungkin perkara (berjalan kaki) ini adalah sesuatu yang agak remeh tetapi sedikit sebanyak ia memberi kesedaran supaya saya sentiasa bersyukur kerana tidak perlu melalui kehidupan yang perlu menaiki kenderaan awam (which i used to it before) untuk ke tempat kerja.
Monorail
Apapun keadaannya, saya rasa 'best' naik monorail. 


Hotel Concord Kuala Lumpur
Nasib baik sangat lokasi hotel hanya lebih kurang 100 meter sahaja dari Stesyen Monorail Bukit Nanas. Jadi jalan kaki sahaja passed through Hard Rock Cafe Kuala Lumpur.          
Lobi Hotel
Tangga menuju ke 'kelas' di tingkat 1

Melting Pot
Melting Pot, tempat makan, makan apa ya...ermm ada dim sum, susyi, nasi mestila ada,kambing panggang, itik panggang gak, ikan salmon, udang, salad, tiramisu, cheese cake, ice-cream dan macam-macam lagilah. Alhamdulillah.
On the way balik hujan rintik-rintik namun masih 'ok' untuk berjalan ke Stesyen Bukit Nanas, semasa menunggu suamiku datang di Stesyen Monorail Kl Sentral hujan laaaagi lebat (lameeeeeee i berdiri tunggu abang).
What ever it was, tq very much.
 
*Syukurilah akan segala nikmat yang kita kecapi selama ini

....to be continue...

Tuesday, November 8, 2011

Salam Aidiladha

Salam Aidiladha untuk my beloved husband, family and to all. Tahun ni nampaknya tidak dapat beraya haji di kampung halaman.      
Semoga ada lagi Aidiladha untuk kita raikan dengan penuh kesyukuran dan kebahagiaan pada tahun-tahun yang akan datang :)
Hikmah Berkorban
Hadith :
Dari Aisyah r.a. daripada Nabi s.a.w. sabdanya: Berkorbanlah kamu dengan hati yang redha, sesungguhnya tiap-tiap muslim yang menghadapkan sembelihannya ke arah kiblat, maka darahnya, kotorannya dan bulunya itu adalah kebajikan dan bakti kepada timbangannya pada hari kiamat.
(al-Baihaqi)
Huraian
1. Darah korban itu dapat memberatkan timbangan kebajikan di hari kiamat setelah amal dihisab di hadapan Tuhan
2. Berkorban dapat mendekatkan diri (taqarrub kepada Allah S.W.T.) disamping dapat berbakti kepada manusia.
3. Menghidupkan sunnah Nabi Ibrahim a.s. itu menjadi satu ibadat yang utama bagi umat Muhammad s.a.w.
4. Binatang korban, daging tulang dan sebagainya, dapat dibahagi-bahagikan kepada golongan yang memerlukan. Dengan cara ini umat Islam dapat merapatkan lagi hubungan mesra sesama Islam, disamping dapat bantu membantu antara satu sama lain.
5. Berkorban juga adalah tanda kesyukuran di atas segala nikmat yang dikurniakan oleh Allah S.W.T. kepada manusia.
 
Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia