Wednesday, February 16, 2011

Petua Membina Rumah Tangga Bahagia


Assalamualaikum especially for my beloved husband and all my family member, I love you and miss you all so much.

Now, tips again: Petua membina rumah tangga bahagia. Kepada yang dah berumah tangga, yang baik boleh diamalkan dan kepada yang bakal atau belum berumah tangga ini untuk  pre-marriage information.
Petikan Berita Harian 02.02.2011         

Satu
    Berbicara dengan lemah lembut, memanggil dengan panggilan kesayangan    serta memandang dengan penuh kasih sayang  antara suami dan isteri

    Dua 
    Membersihkan diri, penampilan rapi dan bersih; berhias dan memakai wangi-wangian terhadap pasangannya
    
    Tiga
    Jujur dan amanah, jangan memandang rendah pasangan, saling mengalah dan memaafkan dan paling penting perhatikan kelebihan pasangan malah sekiranya ada kekurangan segera tutupi ia daripada pengetahuan orang lain
    
    Empat
    Jangan mencela masakan isteri, berusaha meringankan beban kerja pasangan, tidak membandingkannya dengan orang lain serta menjauhi hal-hal yang menimbulkan kecemburuan pasangan
        
    Lima
    Selalu berpegangan tangan, bergurau senda, saling membelai kerana dengan cara ini pasangan akan merasai dirinya sentiasa diperlukan
      
           Enam
    Jadikan kamar tidur tempat yang peribadi, bersih, harum dan masa yang menyenangkan pasangan
   
    
    Tujuh
    Saling menasihati dan cuba meringankan beban yang ditanggung pasangan
     
    Lapan
    Peruntukkan masa khusus bersama pasangan seperti makan bersama, solat berjemaah pada waktu tertentu seperti maghrib dan isyak, bersiar-siar bersama dengan anak di taman
    
    Sembilan
    Saling mendoakan dan merindui apabila berjauhan
    
    
 Wassalam.


No comments:

Post a Comment