Tuesday, February 22, 2011

Fakta Diet

Pilih Makanan Berkhasiat
Apabila makan di luar, cari restoran yang menyajikan makanan yang distim, rebus, bakar ataupun panggang berbanding bergoreng. Jika tiada pilihan, pilih makanan berkhasiat seperti salad. Bertindak bijaklah dalam memilih hidangan kerana anda adalah apa yang anda makan.

Makan Dalam Kadar Sedikit
Jika sebelum ini anda cenderung makan dua pinggan setiap kali menjamah nasi dengan lauk-lauk kegemaran. Cuba kurangkan bahagian hidangan kepada hanya sepinggan nasi sahaja. Lama-kelamaan tubuh akan berasa selesa dengan perubahan tersebut. Makan berlebihan boleh menjadikan anda gemuk.

Jauhi Makanan Ringan
Memang enak jika dapat mengunyah keropok tatkala menonton televisyen atau semasa berada di pejabat. Makanan tidak berkhasiat ini membuatkan anda makan dalam kadar yang banyak. Gantikan dengan buah-buahan segar, sayur-sayuran, bijirin penuh, ikan dan produk tenusu.

Elakkan Minuman Bergas
Jangan minum minuman berkarbonat dan bergas sama ada ia mengandungi gula ataupun tidak. Minuman sebegini hanya akan menambah berat badan dan mengeluarkan mineral daripada sistem tubuh. Banyak lagi minuman yang dapat membantu memelihara kesihatan seperti teh hijau yang ternyata mampu membakar sehingga 78% kalori setiap hari.



No comments:

Post a Comment