Tuesday, February 22, 2011

Fakta Diet

Pilih Makanan Berkhasiat
Apabila makan di luar, cari restoran yang menyajikan makanan yang distim, rebus, bakar ataupun panggang berbanding bergoreng. Jika tiada pilihan, pilih makanan berkhasiat seperti salad. Bertindak bijaklah dalam memilih hidangan kerana anda adalah apa yang anda makan.

Makan Dalam Kadar Sedikit
Jika sebelum ini anda cenderung makan dua pinggan setiap kali menjamah nasi dengan lauk-lauk kegemaran. Cuba kurangkan bahagian hidangan kepada hanya sepinggan nasi sahaja. Lama-kelamaan tubuh akan berasa selesa dengan perubahan tersebut. Makan berlebihan boleh menjadikan anda gemuk.

Jauhi Makanan Ringan
Memang enak jika dapat mengunyah keropok tatkala menonton televisyen atau semasa berada di pejabat. Makanan tidak berkhasiat ini membuatkan anda makan dalam kadar yang banyak. Gantikan dengan buah-buahan segar, sayur-sayuran, bijirin penuh, ikan dan produk tenusu.

Elakkan Minuman Bergas
Jangan minum minuman berkarbonat dan bergas sama ada ia mengandungi gula ataupun tidak. Minuman sebegini hanya akan menambah berat badan dan mengeluarkan mineral daripada sistem tubuh. Banyak lagi minuman yang dapat membantu memelihara kesihatan seperti teh hijau yang ternyata mampu membakar sehingga 78% kalori setiap hari.



Friday, February 18, 2011

Bicara Eksekutif 1


Google image
Menghadirkan diri ke Bicara Eksekutif:
Keberdayasaingan Koperasi Dalam Ekonomi Semasa: Antara Realiti dan Harapan anjuran Pusat Pengurusan Perniagaan dan Keusahawanan, Maktab Kerjasama Malaysia – 15 Disember 2010 bertempat seperti gambar di atas.

Ke dewan seminar
Objektif:
Memberi pendedahan tentang isu dan cabaran gerakan koperasi dalam menghadapi perubahan ekonomi semasa
Mengenal pasti kaedah dan strategi yang releven dalam menangani isu keberdayasaingan koperasi dalam ekonomi semasa


PESERTA-peserta
 
 Dahhh    :)

Pemandangan Airku..I Like!

Salam.
Memandangkan saya dilahirkan di rumah yang di depannya adalah sungai dan tidak jauh dari situ juga adalah laut, jadi saya sangat suka melihat sungai, laut dan yang sewaktu dengannya. Tak salah rasanya kalau saya abadikan foto-foto yang pernah saya ambil semasa melalui kawasan-kawasan tersebut. Sayang sangat banyak pic yang takde sebab thumb drive hilang.

 Sungai Besar, Selangor - 2 Oktober 2006

Bangau oh bangau yang tidak jelas kelihatan
 Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak - 11 November 2006

Mahkamah di Jalan Duta dari Masjid Wilayah, Kuala Lumpur - 21 Disember 2006

Masjid Wilayah, Kuala Lumpur - 21 Disember 2006

Bawa my nephews naik bot dari KTM Serdang ke The Mines - 21 Disember 2006

 
 Taman Botani, Putrajaya - 22 Disember 2006

Sunset di Bagan Datoh, Perak - 2 Februari 2007

Ikut my sisters ke Janda Baik, Pahang - 18 Februari 2007

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak - 4 Mac 2007

                    Lokasi yang tidak pasti sama ada di Port Dickson, Negeri Sembilan atau di Pulau Pangkor, Perak tapi saya
rasa di PD - 19 Mac 2007 

Dalam perjalanan menaiki bot ke Pulau Bum Bum, Semporna
Sabah - 21 Julai 2008


Pulau Bum Bum, Semporna Sabah
- 21 Julai 2008
Pulau Bum Bum, Semporna Sabah - 21 Julai 2008

Kota Kinabalu,Sabah - 22 Julai 2008

Kota Kinabalu,Sabah - 23 Julai 2008


 Pulau Pinang - 3 Februari 2009

Pulau Pinang - 3 Februari 2009

Tambak Johor, Johor Bahru, Johor - 27 Jun 2009

Menyusur keluar dari Bandar Melaka, Melaka - 24 April 2010

 Masjid Putra, Putrajaya - 28 Ogos 2010

Sekarang saya sudah ada 'tempat' untuk mengimbau kembali kenangan-kenangan di kawasan yang ter'gambar' di atas. 

Hopefully to get a better (canggih) camera so that I'm able to be a 'little bit' pro photographer.

Sekian, wassalam.



Wednesday, February 16, 2011

Petua Membina Rumah Tangga Bahagia


Assalamualaikum especially for my beloved husband and all my family member, I love you and miss you all so much.

Now, tips again: Petua membina rumah tangga bahagia. Kepada yang dah berumah tangga, yang baik boleh diamalkan dan kepada yang bakal atau belum berumah tangga ini untuk  pre-marriage information.
Petikan Berita Harian 02.02.2011         

Satu
    Berbicara dengan lemah lembut, memanggil dengan panggilan kesayangan    serta memandang dengan penuh kasih sayang  antara suami dan isteri

    Dua 
    Membersihkan diri, penampilan rapi dan bersih; berhias dan memakai wangi-wangian terhadap pasangannya
    
    Tiga
    Jujur dan amanah, jangan memandang rendah pasangan, saling mengalah dan memaafkan dan paling penting perhatikan kelebihan pasangan malah sekiranya ada kekurangan segera tutupi ia daripada pengetahuan orang lain
    
    Empat
    Jangan mencela masakan isteri, berusaha meringankan beban kerja pasangan, tidak membandingkannya dengan orang lain serta menjauhi hal-hal yang menimbulkan kecemburuan pasangan
        
    Lima
    Selalu berpegangan tangan, bergurau senda, saling membelai kerana dengan cara ini pasangan akan merasai dirinya sentiasa diperlukan
      
           Enam
    Jadikan kamar tidur tempat yang peribadi, bersih, harum dan masa yang menyenangkan pasangan
   
    
    Tujuh
    Saling menasihati dan cuba meringankan beban yang ditanggung pasangan
     
    Lapan
    Peruntukkan masa khusus bersama pasangan seperti makan bersama, solat berjemaah pada waktu tertentu seperti maghrib dan isyak, bersiar-siar bersama dengan anak di taman
    
    Sembilan
    Saling mendoakan dan merindui apabila berjauhan
    
    
 Wassalam.


Kampung Pengantin Kuala Lumpur


Sebelum mendapat undangan dari rakan sekelas semasa belajar, saya tak tau pun tentang kewujudan Kampung Pengantin Kuala Lumpur di Jalan Genting Klang. Rasanya hampir semua acara yang berlangsung di sana adalah pada waktu malam, barula tempat tu 'hidup' dengan hiasan lampu-lampu yang memukau mata memandang. Kedua mempelai akan turun dari tangga di hujung sana tu.

Pelamin
First time dapat tempat duduk paling dekat dengan pelamin, masa ni tetamu masih tak ramai, pengantin lambat lagi la.
Still nak tunjuk lampu kecil yang comel di atas

Tempat santapan raja sehari
             :)

Wednesday, February 9, 2011

Tip Penjagaan Komputer Riba (Laptop)




   1) Bateri
           
      # Elakkan daripada penggunaan bateri dan digalakkan untuk menggunakan kuasa terus dari punca elektrik

·      # Komputer lebih sejuk tanpa haba dari bateri

·      # Jika bateri sudah habis dicas, digalakkan menggunakan kuasa dari adapter

 ·     # Pastikan bateri berada di bawah 10% sebelum dicas semula

·    # Jika terlalu kerap dicas, bateri akan kehilangan keupayaan menyimpan tenaga di bawah 50%

   2) Papan Kekunci

# Letakkan sekeping kertas A4 untuk papan kekunci setiap kali tidak menggunakannya untuk menghindarkan papan kekunci dimasuki habuk

# Sesekali lapkan papan kekunci dengan perlahan-lahan. Jangan terlalu kasar untuk mengelakkan butang kekunci rosak

# Gunakan papan kekunci dan tetikus berasingan supaya kita tidak terlalu kerap menggunakan papan kekunci di computer riba
                                                                                                                       
    3) Skrin LCD

 # Lapkan skrin selalu kerana ia mudah dimasuki habuk

 # Gunakan skrin saver

 # Power management setkan pada ‘Turn Off monitor in…minutes’
 # Elakkan menyentuh skrin dengan jari kesan jari yang berminyak  menyukarkan untuk pembersihan

 # Jangan letakkan jari di skrin kerana boleh menyebabkan ‘Dead pixel’

    4) Haba Panas

 # Pastikan computer riba anda mempunyai ruang untuk mengeluarkan haba panas

# Perlu diingat komputer riba mempunyai ruang simpanan yang kecil

    5) Surge Protector

 # Fungsinya sebagai menjaga perisian dan perkakasan daripada rosak

 # Disyorkan untuk diguna bagi menjaga perkakasan dalaman komputer riba

 # Kelebihan lain Surge Protector ialah menjaga pemacu cakera keras (HDD) dan punca kuasa (Power Supply)
   
         6) Haba Panas

# Sentiasa dibersihkan kerana mudah dimasuki habuk

# Gunakan berus atau berus gigi lama

# Pastikan suis dimatikan ketika membuat pembersihan

 
### ARTIKEL INI ADALAH SUMBER DARIPADA BERITA HARIAN 02 FEBRUARI 2011 
(C16 BH1klassifieds











Wednesday, February 2, 2011

Di Suatu Senja Di Masjid Kristal

Sebelum ni sudah beberapa kali saya ke Kuala  Terengganu, tapi kali ini adalah pertama kali bersama suami. Kami tiba di sana dah hampir senja dan terus ke Taman Tamadun Islam, kebetulan dah hampir waktu Maghrib maka dapatlah berjemaah di Masjid Kristal. Bagi saya masjid tu sangat cantik (i like sgt2) ditambah dengan kedudukannya di tepi sungai menambahkan lagi keindahan panoramanya bersama-sama angin yang mengasyikkan dan udara segar yang best.
Mungkin adalah satu kebiasaan bagi masjid yang cantik iaitu sangat sedikit bilangan jemaahnya, lagipun Taman Tamadun Islam agak jauh dari kawasan kejiranan. Kebetulan, orang yang sama bersolat di situ juga menginap di hotel yang sama dengan saya. Whatever it is, I really love the breeze that came softly to my face :)

*    *     *     *     *     *     *     *     *
Dari Wikipedia Bahasa Melayu

Masjid Kristal merupakan sebuah masjid yang terletak dalam kawasan pelancongan Taman Tamadun Islam di Pulau Wan Man, Terengganu.

Masjid ini dibina daripada kaca dan keluli, masjid pintar pertama di Malaysia dan mempunyai keluasan 2,146 meter persegi. Masjid ini boleh memuatkan 700 jemaah pada satu-satu masa dan dilengkapi dengan prasarana teknologi maklumat dan liputan WiFi yang membolehkan pengunjung menggunakan kemudahan akses internet bagi membaca al-Quran elektronik. 

Taman Tamadun Islam (TTI) adalah sebuah taman tema yang mengetengahkan keunggulan seni warisan dan seni bina Islam dari seluruh pelosok dunia yang terletak di Pulau Wan Man, Kuala Terengganu yang sebelum ini dianggap tidak berpenghuni dan dipenuhi hutan nipah. Taman tema ini merupakan salah satu projek pembangunan ekonomi Wilayah Ekonomi Pantai Timur.
Taman tema yang mula dibina pada Mac 2005 bukan sahaja dikelilingi replika-replika masjid dari serata dunia malah sebuah masjid yang juga mercu tanda baru Kuala Terengganu iaitu Masjid Kristal turut berdiri megah di situ.

...let the photos do the talking...


 lampu yang merah tu akan sentiasa bertukar2 warna seperti biru, hijau, kuning, ungudll

ruang solat wanita