Wednesday, February 2, 2011

Di Suatu Senja Di Masjid Kristal

Sebelum ni sudah beberapa kali saya ke Kuala  Terengganu, tapi kali ini adalah pertama kali bersama suami. Kami tiba di sana dah hampir senja dan terus ke Taman Tamadun Islam, kebetulan dah hampir waktu Maghrib maka dapatlah berjemaah di Masjid Kristal. Bagi saya masjid tu sangat cantik (i like sgt2) ditambah dengan kedudukannya di tepi sungai menambahkan lagi keindahan panoramanya bersama-sama angin yang mengasyikkan dan udara segar yang best.
Mungkin adalah satu kebiasaan bagi masjid yang cantik iaitu sangat sedikit bilangan jemaahnya, lagipun Taman Tamadun Islam agak jauh dari kawasan kejiranan. Kebetulan, orang yang sama bersolat di situ juga menginap di hotel yang sama dengan saya. Whatever it is, I really love the breeze that came softly to my face :)

*    *     *     *     *     *     *     *     *
Dari Wikipedia Bahasa Melayu

Masjid Kristal merupakan sebuah masjid yang terletak dalam kawasan pelancongan Taman Tamadun Islam di Pulau Wan Man, Terengganu.

Masjid ini dibina daripada kaca dan keluli, masjid pintar pertama di Malaysia dan mempunyai keluasan 2,146 meter persegi. Masjid ini boleh memuatkan 700 jemaah pada satu-satu masa dan dilengkapi dengan prasarana teknologi maklumat dan liputan WiFi yang membolehkan pengunjung menggunakan kemudahan akses internet bagi membaca al-Quran elektronik. 

Taman Tamadun Islam (TTI) adalah sebuah taman tema yang mengetengahkan keunggulan seni warisan dan seni bina Islam dari seluruh pelosok dunia yang terletak di Pulau Wan Man, Kuala Terengganu yang sebelum ini dianggap tidak berpenghuni dan dipenuhi hutan nipah. Taman tema ini merupakan salah satu projek pembangunan ekonomi Wilayah Ekonomi Pantai Timur.
Taman tema yang mula dibina pada Mac 2005 bukan sahaja dikelilingi replika-replika masjid dari serata dunia malah sebuah masjid yang juga mercu tanda baru Kuala Terengganu iaitu Masjid Kristal turut berdiri megah di situ.

...let the photos do the talking...


 lampu yang merah tu akan sentiasa bertukar2 warna seperti biru, hijau, kuning, ungudll

ruang solat wanita

No comments:

Post a Comment