Tuesday, January 31, 2012

Cucur Udang di Alor Gajah

Perjalanan kami bermula seawal pagi, awal la sebab belum sarapan pagi.
Tiba di Linggi, Negeri Sembilan tak kelihatan pula gerai kedai untuk bersarapan, nasib baik sampai di pekan ada la, boleh lah.

Then, we continued our journey to Masjid Tanah, Melaka to see my husband's friend. After that we were heading to Alor Gajah (kampung dia la tu).

Kemudian saya tunggu suami saya solat Jumaat di masjid Alor Gajah. 


Unikkan senibina masjid di sana...
Sumber melakadaily..
Reka Bentuk Masjid
  • Berbentuk segi empat yang disesuaikan dengan bumbung tiga tingkat yang juga sama bentuknya.
  •  Ilham ini berdasarkan bentuk masjid pertama yang dibina oleh Nabi Muhammad s.a.w. dan selaras dengan hakikat Islam itu sendiri yang terdiri dari empat unsur utama, iaitu:
  1. tapaknya melambangkan syariat (Perundangan Islam);
  2. tingkat pertama melambangkan tariqat (jalan mendekati Allah);
  3. tingkat kedua melambangkan haqiqat (mencari kebenaran Allah);
  4. tingkat ketiga melambangkan makrifat (mengenal Allah).
Jabatan Agama Islam Alor Gajah bersebelahan Masjid
Usai solat Jumaat baru kami lunch, kedainya bersebelahan Alor Gajah Sentral (bukan KL sahaja ada KL Sentral) dan juga Pasar Alor Gajah.

Untuk makan ini..
Cucur udang Alor Gajah, best in the world
Memang la tak nampak udang dalam cucur udang ni, tetapi ia memang cucur udang. Kesedapannya dipengaruhi oleh unsur-unsur campuran gorengan tauhu, popia, fish cake, tempe, nugget dan telur rebus. Sesiapa yang ke Alor Gajah, silalah cari cucur udang di atas.

Seterusnya perjalanan diteruskan ke Seremban melalui Rembau. 
Jalan raya tak busy sangat
Ada satu gunung di Rembau yang dinamakan Gunung Datuk/Gunung Rembau yang mempunyai ketinggian 2000 kaki.

Masih dalam pembaikpulihan jalan
Sejuk mata memandang

 Sekian.

No comments:

Post a Comment