Dr. Hm Tuah Iskandar al-Haj – Nak ke Tak Nak
· Bermuafakatlah dengan diri anda sendiri sebagaimana anda bermuafakat dengan kawan tatkala hendak menentukan arah tujuan
· Carilah seribu sahabat, kerana seribu sahaja itu berjumlah banyak, jauhilah seorang musuh, kerana seorang musuh itu sudah terlalu banyak
· Tujuan memperbaiki akhlak ialah untuk membersihkan kalbu dari kotoran-kotoran hawa nafsu
· Bertambah luas akal, bertambah luaslah hidup, bertambah datanglah bahagia.
Bertambah sempit akal, bertambah sempit pula hidup, bertambah datanglah celaka.
· Kelebihan burung pada kepaknya, kelebihan gajah pada kekuatannya dan kelebihan manusia pada akalnya.
· Untuk cemerlang banyak halangannya tapi untuk tidak cemerlang pun apa kurangnya
· Memiliki kepintaran sahaja sebenarnya belumlah cukup. Yang betul memiliki kemahiran, berfikir dengan kepintaran.
· Kehidupan ini tidak akan memberi sebarang makna sekiranya kita tidak mempunyai kekuatan untuk mencuba sesuatu
· Sesuatu pekerjaan yang dicapai dengan bersusah payah itu lebih lazat hasilnya daripada suati hasil yang diperoleh dengan mudah
· Mengetahui keistimewaan diri ibarat berada di puncak sebuah bukit, harganya tidak ternilai
· Apabila engkau menjadi orang fakir maka ilmu adalah hartamu, akan tetapi kalau engkau kaya, ilmu itu menjadi perhiasanmu
· Perubahan yang paling baik ialah perubahan yang berlaku dari dalam sebab itu kekal, perubahan yang paling buruk ialah perubahan luaran sebab itu lakonan
· Kalau menuding kea rah orang, gunakanlah satu jari tapi ingat jari-jari yang lain menuding kea rah diri sendiri
· Hati seorang yang bodoh terletak di mulutnya, tapi mulut seorang yang bijak terletak di hatinya
· Kita melihat bahagia itu seperti pelangi, tidak pernah berada di kepala kita sendiri, selamanyalah di atas kepala orang
· Jadilah seperti burung, merasakan rezekinya di hujung sayap, jangan jadi seperti bayi yang merasakan rezekinya di hujung suap
· Tidak ada kekayaan yang lebih melebihi kesihatan badan dan tidak ada kegembiraan yang melebihi kesenangan hati
· Minda positif, tubuh sihat dan Allah sentiasa dibawa bersama
· Berfikirlah seperti mabusia yang akan bertindak dan bertindaklah seperti manusia yang berfikir
· Apabila anda tahu arah tujuan anda, sesungguhnya anda telah separuh jalan ke sana
· Fikirkan permusuhan kita akan dimusuhi, fikirkan kebencian kita akan dibenci tapi sekiranya kita fikirkan kasih sayang kita akan dikasihi
· Insan yang berfikiran tinggi gemar berkata tentang ilmu, insan yang berfikiran sederhana gemar berkata tentang peristiwa, insan yang berfikiran rendah gemar berkata tentang insan lain
· Mengusahakan sesuatu adalah jauh lebih baik daripada tidak melakukan apa-apa walaupun ada kalanya yang diusahakan itu gagal
· Ada dua orang yang paling gagal dalam hidup, orang yang tidak cekap membuat apa yang disuruh dan orang yang hanya membuat apabila disuruh
· Apa yang kita pelajari hari ini mungkin tidak berguna lagi pada hari esok, tapi kalau tidak belajar pada hari ini sudah tentu kita akan menjadi manusia sebodoh-bodohnya pada hari esok
· Kehidupan ini bunga yang mana kasih itu adalah madu
· Hargailah orang rendah, ketahuilah bahawa sutera asalnya ulat
· Sesuatu itu bila diusahakan dengan berjerih-perih lebih besar nikmat dan nilainya daripada yang diperoleh dengan senang lenang
· Bintang itu bercahaya indah kerana gelap yang menyelubungi
· Bahaya yang paling berbahaya dalam hidup bukanlah ketika gagal tapi gagal untuk mencuba lagi setelah gagal
· Apa yang kita fikirkan tentang kita itulah kita
· Sesetengah perkara sesuai benar dengan semua orang, tak serasi dengan kita, sesetengah perkara serasi benar dengan kita dan juga orang lain. Yang penting tidak salah mencuba untuk mengetahui
· Merangkak tapi sampai lebih baik dari berlari tapi putus di jalan
· Marah itu membakar sedangkan senyum itu siraman salju
· Apabila seseorang itu mengatakan dia pandai sebenarnya di situlah bermulanya satu kebodohan
· Untuk mendapatkan yang terbaik, pastikan anda telah memberikan yang terbaik
· Kawan palsu tidak ubah seperti bayang-bayang yang sentiasa mengekori anda selagi anda berada di bawah cahaya matahari, tapi entah ke mana menghilangnya tatkala anda dalam suasana gelap
· Orang berilmu, dia selalu menang dalam pergaulan kerana dia membiasakan diri; caci disambut dengan senyuman, penghinaan ditangkis dengan lemah lembut, kemarahan dibalas dengan diam dan kejahatan dibalas dengan kabaikan
· Melihatlah dengan mata burung jangan melihat dengan mata tempurung
· Motivasi terunggul manusia adalah ALLAH, kalau bukan ALLAH tiadalah lagi
· Binalah jasa kerana jasa membawa ke syurga, tinggalkanlah lewa kerana lewa membawa ke neraka
· Bagaimana gelap pun sesuatu malam itu, sebatang lilin boleh meneranginya
· Kekuatan sebenarnya bukan terletak pada otot-otot yang kental yang berada di kaki dan tangan tapi pada keazaman yang ada dalam otak dan fikiran
· Whatever life shall bring your way, give your level the best everyday
· A winner visualize mentally the act of winning long before it ever happen
· Real success is not just willing to pay the price, but enjoy paying the price
· The important thing in life is not what happened to you in the past, but what is going to happen to you in the future
· The most exciting adventure is when you begin the journey of self discovery
No comments:
Post a Comment