Thursday, October 20, 2011

Nak Ke Tak Nak

I baca buku dan salin apa yang patut supaya tak lupa.


Dr. Hm Tuah Iskandar al-Haj – Nak ke Tak Nak

·       Bermuafakatlah dengan diri anda sendiri sebagaimana anda bermuafakat dengan kawan tatkala hendak menentukan arah tujuan

·       Carilah seribu sahabat, kerana seribu sahaja itu berjumlah banyak, jauhilah seorang musuh, kerana seorang musuh itu sudah terlalu banyak

·       Tujuan memperbaiki akhlak ialah untuk membersihkan kalbu dari kotoran-kotoran hawa nafsu

·  Bertambah luas akal, bertambah luaslah hidup, bertambah datanglah bahagia.
Bertambah sempit akal, bertambah sempit pula hidup, bertambah datanglah celaka.

·       Kelebihan burung pada kepaknya, kelebihan gajah pada kekuatannya dan kelebihan manusia pada akalnya.

·       Untuk cemerlang banyak halangannya tapi untuk tidak cemerlang pun apa kurangnya

·  Memiliki kepintaran sahaja sebenarnya belumlah cukup. Yang betul memiliki kemahiran, berfikir dengan kepintaran.

·       Kehidupan ini tidak akan memberi sebarang makna sekiranya kita tidak mempunyai kekuatan untuk mencuba sesuatu

·       Sesuatu pekerjaan yang dicapai dengan bersusah payah itu lebih lazat hasilnya daripada suati hasil yang diperoleh dengan mudah

·       Mengetahui keistimewaan diri ibarat berada di puncak sebuah bukit, harganya tidak ternilai

·       Apabila engkau menjadi orang fakir maka ilmu adalah hartamu, akan tetapi kalau engkau kaya, ilmu itu menjadi perhiasanmu

·       Perubahan yang paling baik ialah perubahan yang berlaku dari dalam sebab itu kekal, perubahan yang paling buruk ialah perubahan luaran sebab itu lakonan

·       Kalau menuding kea rah orang, gunakanlah satu jari tapi ingat jari-jari yang lain menuding kea rah diri sendiri

·       Hati seorang yang bodoh terletak di mulutnya, tapi mulut seorang yang bijak terletak di hatinya

·       Kita melihat bahagia itu seperti pelangi, tidak pernah berada di kepala kita sendiri, selamanyalah di atas kepala orang

·       Jadilah seperti burung, merasakan rezekinya di hujung sayap, jangan jadi seperti bayi yang merasakan rezekinya di hujung suap

·       Tidak ada kekayaan yang lebih melebihi kesihatan badan dan tidak ada kegembiraan yang melebihi kesenangan hati

·       Minda positif, tubuh sihat dan Allah sentiasa dibawa bersama

·       Berfikirlah seperti mabusia yang akan bertindak dan bertindaklah seperti manusia yang berfikir

·       Apabila anda tahu arah tujuan anda, sesungguhnya anda telah separuh jalan ke sana

·       Fikirkan permusuhan kita akan dimusuhi, fikirkan kebencian kita akan dibenci tapi sekiranya kita fikirkan kasih sayang kita akan dikasihi

·       Insan yang berfikiran tinggi gemar berkata tentang ilmu, insan yang berfikiran sederhana gemar berkata tentang peristiwa, insan yang berfikiran rendah gemar berkata tentang insan lain

·       Mengusahakan sesuatu adalah jauh lebih baik daripada tidak melakukan apa-apa walaupun ada kalanya yang diusahakan itu gagal

·       Ada dua orang yang paling gagal dalam hidup, orang yang tidak cekap membuat apa yang disuruh dan orang yang hanya membuat apabila disuruh

·       Apa yang kita pelajari hari ini mungkin tidak berguna lagi pada hari esok, tapi kalau tidak belajar pada hari ini sudah tentu kita akan menjadi manusia sebodoh-bodohnya pada hari esok

·       Kehidupan ini bunga yang mana kasih itu adalah madu

·       Hargailah orang rendah, ketahuilah bahawa sutera asalnya ulat

·       Sesuatu itu bila diusahakan dengan berjerih-perih lebih besar nikmat dan nilainya daripada yang diperoleh dengan senang lenang

·       Bintang itu bercahaya indah kerana gelap yang menyelubungi

·       Bahaya yang paling berbahaya dalam hidup bukanlah ketika gagal tapi gagal untuk mencuba lagi setelah gagal

·       Apa yang kita fikirkan tentang kita itulah kita

·       Sesetengah perkara sesuai benar dengan semua orang, tak serasi dengan kita, sesetengah perkara serasi benar dengan kita dan juga orang lain. Yang penting tidak salah mencuba untuk mengetahui

·       Merangkak tapi sampai lebih baik dari berlari tapi putus di jalan

·       Marah itu membakar sedangkan senyum itu siraman salju

·       Apabila seseorang itu mengatakan dia pandai sebenarnya di situlah bermulanya satu kebodohan

·       Untuk mendapatkan yang terbaik, pastikan anda telah memberikan yang terbaik

·       Kawan palsu tidak ubah seperti bayang-bayang yang sentiasa mengekori anda selagi anda berada di bawah cahaya matahari, tapi entah ke mana menghilangnya tatkala anda dalam suasana gelap

·       Orang berilmu, dia selalu menang dalam pergaulan kerana dia membiasakan diri; caci disambut dengan senyuman, penghinaan ditangkis dengan lemah lembut, kemarahan dibalas dengan diam dan kejahatan dibalas dengan kabaikan

·       Melihatlah dengan mata burung jangan melihat dengan mata tempurung

·       Motivasi terunggul manusia adalah ALLAH, kalau bukan ALLAH tiadalah lagi

·       Binalah jasa kerana jasa membawa ke syurga, tinggalkanlah lewa kerana lewa membawa ke neraka

·       Bagaimana gelap pun sesuatu malam itu, sebatang lilin boleh meneranginya

·       Kekuatan sebenarnya bukan terletak pada otot-otot yang kental yang berada di kaki dan tangan tapi pada keazaman yang ada dalam otak dan fikiran


·       Whatever life shall bring your way, give your level the best everyday

·       A winner visualize mentally the act of winning long before it ever happen

·       Real success is not just willing to pay the price, but enjoy paying the price

·       The important thing in life is not what happened to you in the past, but what is going to happen to you in the future

·       The most exciting adventure is when you begin the journey of self discovery

Friday, October 14, 2011

My Lil Bro Is Married


It's been looong time ago, hehe, baru ada mood nak update. Still 'better late than never'.  CONGRATULATIONS to my lil bro and my lil sis-in-law.
PART 1 - AKAD NIKAH
Aku terima nikahnya

Just married - bersama sebahagian ahli keluarga





PART 2 - MAJLIS DI RUMAH PENGANTIN PEREMPUAN 


Siap untuk bergerak ke rumah pengantin perempuan, di belakang kami rumah kami yang belum dicat oleh budak-budak baik di atas :)
 
Selamat Pengantin Baru
Our big family
Naili Husna & I
Peace untuk pengantin
Wish you live happily ever after
PART 3 - MAJLIS DI RUMAH PENGANTIN LELAKI (RUMAH KAMI LER TEWWW)
Everybody so busy with the wedding , ada yang tak tidur malam pun. Cat rumah, repair rumah, kupas bawang :) & macam-macam lagilah.
Rumah yang siap dicat oleh anak-anak buahku yang bagus-bagus belaka
Cha, the river, the beach, the sea and the sky
Bangunan itu adalah my primary school
Pengantin pun turun padang
Busy
Rombongan pengantin perempuan dah sampai
With nieces
My sisters & I
Doa Untuk Pengantin
“ Dari setinggi dan seluas kasih sayangMu, Kau limpahkan rahmat jua keampunanMu kepada pengantin suami isteri. Berkatilah majlis yang diadakan dengan keberkatan dari permulaan hingga pengakhirnya. Sesungguhnya pertemuan ini adalah dengan izinMu, kurniakanlah keduanya ketenangan, kebahagiaan dan jiwa yang tabah menghadapi setiap dugaanMu. Mudah-mudahan perkongsian hidup yang dibina berkekalan hingga ke akhir usia dan kurniakanlah kepada mereka zuriat yang soleh dan solehah. Dengan taufik dan hidayahMu beruntunglah keduanya dalam kehidupan di dunia 
lebih-lebih lagi di akhirat "
- Amin Ya Rabbal ‘Alamin -