Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, sebelum ini digelar Masjid Besi, ialah sebuah masjid yang terletak di Presint 3, Putrajaya, Malaysia. Masjid ini yang mula dibina sejak April 2004 siap sepenuhnya pada Ogos 2009 dan dibuka pada hari Jumaat, malam Awal Ramadan 1430H. Masjid ini dibina bagi menampung sekitar 24,000 penduduk dan penjawat kerajaan sekitar pusat bandar serta kawasan Presint 2, 3, 4 dan 18. Masjid ini yang mempunyai keluasan sekali ganda berbanding Masjid Putra, yang terletak kira-kira 2.2 km ke utara, bakal menjadi mercu tanda baru Putrajaya.
Masjid ini direka berdasarkan 3 konsep iaitu angin, sederhana dan telus. Kira-kira 6,000 tan keluli digunakan bagi pembinaan tersebut yang mewakili kira-kira 70% manakala selebihnya adalah konkrit.
Kemudahan
- Ruang solat termasuk dewan utama, dewan terbuka dan dewan solat muslimat
- Tiga unit kuaters dua tingkat tiga bilik untuk kakitangan masjid
- 10 unit bazar atau ruang niaga di dalam kawasan masjid
- Bilik pameran yang mampu memuatkan 250 orang
- Dapur
- Bilik orang kenamaan
- Bilik penyelenggaraan
- Bilik jenazah
- Pejabat
- Bilik kawalan audio visual
- Ruang letak kereta bawah tanah
- Wikipedia.
Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini syukur alhamdulillah kerana dapat juga menunaikan solat sunat tarawikh di Masjid Besi. Kalau dari jauh memang nampak cantik dengan kilauan cahayanya, dari dekat rasa macam besar betul (masjid memang la besar).
Tempat parking masjid, level ni sama dengan tempat wuduk. Nak ke ruang solat, kena naik tangga lagi la.
Ruang solat
Ruang solat
Semoga saya dan suami dapat bersolat di sini dengan lebih kerap di lain waktu.