Friday, June 24, 2011

Kursus @ Puteri Resort

Pic Google
Inilah Puteri Resort di Air Keroh Melaka. Lebih kurang sejam setengah perjalanan dari Putrajaya. This is my first time dapat kursus di luar dari bangunan pejabat atau out of station sejak dua tahun bertukar ke tempat baru.
Peta
 
Pagi nan indah di kawasan hutan resort dengan udara bersih, segar, nyaman dan ect.
 Lobi hotel

Room with a view.
PLUS Highway

Tamat la kursus untuk kali ini. So, balik rumah la :) 

Menara Jam Condong Teluk Intan

Assalamualaikum, kadang-kadang saya seperti minat pada sejarah, agaknya la kot. Sebagai manambah ilmu pengetahuan mengenai tempat-tempat yang pernah saya kunjungi, ada baiknya juga menyelitkan sedikit informasi tempat atau bangunan di situ. Tidak terkira dah berapa kali ke Teluk Intan, Perak dan tidak pernah pula naik ke Menara Jam Condong, cuma lalu sahaja. So, tak dapat la nak explain lebih :)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Menara Jam Condong adalah sebuah menara jam yang terletak di Teluk Intan, Perak. Ia menjadi mercu tanda bagi bandar Teluk Intan sejak beberapa lama. Keunikan menara ini adalah ia menyerupai Menara Pisa, Itali. Menara ini dibina pada tahun 1885 oleh Leong Choon Choong. Ia memiliki ketinggian setiggi 85 kaki dan ada 110 anak tangga. Walaupun telah berusia lebih 100 tahun, ia masih berdiri kukuh.
Menara ini sebenarnya merupakan takungan air sebelum adanya tangki air di Changkat Jong. Bangunan tiga tingkat ini dilengkapi dengan jam besar dan mengikut seni bina menara-menara di China. Kini menara ini tidak digunakan lagi dan hanya menjadi tarikan pelancong yang mengunjungi bandar Teluk Intan. Di bahagian bawahnya dihiasi dengan landskap yang indah seperti pasu bunga, lantai marmar dan kerusi rehat untuk bersantai seisi keluarga.
On the way back, passed through Hutan Melintang, Perak - Kuala Selangor, Selangor.
Sungai sempadan Perak dan Selangor. Sekian. Wassalam.

Monday, June 6, 2011

Kampungku Nan Permai

Balik kampung baru-baru ini dan sempat menjalankan beberapa aktiviti yang agak 'menakjubkan'. Having great moments bersama adik-beradik, nephews and nieces di rumah peninggalan ibubapa kami.
Di luar rumah sedang berlaku bakar membakar ayam, daging dan sedikit udang serta sotong. Next time kurangkan kuantiti ayam ya waris-waris sekalian.
The next morning, kami beramai-ramai ke pantai yang tidak jauh dari rumah. Seronok sebab masing-masing dah lama tak mandi laut, kebetulan pula cuaca agak mendung. So, this is the time untuk menunjukkan bakat-bakat berenang dan menyelam para 'pemandi' laut.
Takuk la pulok.
End of the world.
Part of the family member. Siap mandi dah, jom la kita balik makan nasi kerabu untuk kali kedua.
:)