Memandangkan saya mendaki Gunung Kinabalu pada bulan Januari (years ago), jadi kene lah buat entry ni sebelum berakhirnya Januari. Kalau dikenang masa tu memang bestlah, penat tapi best dan ada sedikit rasa terharu, macam ada rasa satu kejayaan telah berlaku (padahal panjat gunung je).
Saya & ESR 'otw' to KK |
Mula-mula mestila naik flight dari KLIA ke Kota Kinabalu. Bermalam di KK dan keesokannya barula ke Kundasang dalam dua jam lebih kot.
HARI PERTAMA
Kinabalu Park Complex - TAKE NOTHING BUT PHOTOGRAPH, LEAVE NOTHING BUT FOOTPRINTS |
Sampai di Kinabalu Park tu, the first thing perlu mendaftar untuk dapatkan pas daki gunung and make sure anda tidak mempunyai penyakit-penyakit seperti jantung, tekanan darah tinggi, lelah, luka dalam perut, anemia, kencing manis, sawan, sakit sendi, kuning, kekejangan otot, obesiti dan penyakit-penyakit lain yang disebabkan keadaan sejuk, penat dan paras tinggi.
Selepas taklimat dari guide dan ada porter yang diupah untuk bawa beg sepanjang pendakian, bolehlah memulakan perjalanan yg semakin menaik.
Boleh dikatakan sepanjang pendakian tu saya selalu ditinggalkan ESR sebab stamina dia tu tinggi sangat, kami jumpa di pondok rehat di setiap satu kilometer, sapu minyak (supaya tak cramp) dan berehat sebentar.
Kalau ikutkan penat, memang rasa malas nak teruskan perjalanan tapi dah naik kesitu dengan keazaman untuk 'menakluk' puncak gunung, maka pendakian mesti diteruskan. Lagipun kalau tak dapat sampai ke puncak, adalah satu keperluan untuk merasa malu kepada makcik-makcik (very otai) yang membawa barang-barang keperluan ke puncak gunung dengan selambanya.
Saya & ESR di Laban Rata |
Tiba di Laban Rata iaitu tempat penginapan kami, kalau tak silap Laban Rata adalah di kedudukan selepas KM6. Seseorang pendaki sepatutnya tiba di Laban Rata sebelum pukul 5 petang untuk melayakkan anda meneruskan perjalanan ke puncak keesokan harinya, kalau lambat sampai tu maknanya tak cukup kuat untuk meneruskan perjalanan. Lagipun dh hampir malam, memang sepatutnya kena sampai awallah.
@ kafe Laban Rata |
Di luar kafe, awan berada pada kedudukan di bawah kami :) |
Dinner di kafe Laban Rata. Perlu tidur seawal mungkin sebab esok perlu bangun awal sangat-sangat.
HARI KEDUA
Pukul 2 pagi dah siap sedia untuk ke puncak,masa tu gelap gelita dan wajib ada lampu suluh, kena panjat batu-batu besar, pegang tali kalau taknak jatuh. Beku jugaklah bibir sebelum matahari naik tu.
Itulah dia puncak Gunung Kinabalu, matahari dah naik maknanya sampai lewat la tu :) |
Banyak masanya saya berjalan seorang diri kerana ditinggalkan oleh ESR dan team member lain disebabkan oleh saya melangkah selangkah demi selangkah (tak larat beb). Suhu di puncak gunung tu lebih kurang 4°C dan dengan keadaan cuaca yang baik maka pendakian ke puncak dapat berjalan lancar. Sekiranya anda tidak bernasib baik pada hari kejadian maka tak dapatla ke puncak dengan jayanya serta tidak layak mendapat sijil yang ada colour.
Akhirnya sampai juga saya di puncak Gunung Kinabalu, yang tertulis Gunting bin Lagadan tu.
Sebenarnya, apabila saya sampai di tempat Gunting bin Lagadan iaitu pada ketinggian 4095 meter (13 435 kaki) rasa macam tak percaya sangat (sebab rasa nak give up dan rasa nak menangis pun ada 'terharu') dan matahari pun dah naik (orang lain sampai masa hari gelap lagi tapi it's ok babe (better late than never). Yang pasti pemandangannya sangatlah cantik, bila dh ada matahari dh tak sejuk dh. Masa berada kat puncak Kinabalu tu, nampak Filipina la kot tapi tak berani nak berdiri lama-lama, takut jatuh ke sebelah sana. BUT, THE VIEW IS SOOO FANTASTIC.
@ KM8 - masa tu hati saya berkata "saya akan kembali lagi ke sini kalau naik helikopter @ yang sewaktu dengannya"...dan sangat terkenangkan kedua arwah mak dan ayah masa kat atas tu (Al-Fatihah).
Akhirnya sampai juga saya di puncak Gunung Kinabalu, yang tertulis Gunting bin Lagadan tu.
Sebenarnya, apabila saya sampai di tempat Gunting bin Lagadan iaitu pada ketinggian 4095 meter (13 435 kaki) rasa macam tak percaya sangat (sebab rasa nak give up dan rasa nak menangis pun ada 'terharu') dan matahari pun dah naik (orang lain sampai masa hari gelap lagi tapi it's ok babe (better late than never). Yang pasti pemandangannya sangatlah cantik, bila dh ada matahari dh tak sejuk dh. Masa berada kat puncak Kinabalu tu, nampak Filipina la kot tapi tak berani nak berdiri lama-lama, takut jatuh ke sebelah sana. BUT, THE VIEW IS SOOO FANTASTIC.
KM8 on the way turun, curam kan.. |
Gayat babe |
Dah turun dah |
The Climber Tea |
Selamat turun, sampai di Kota Kinabalu dah malam. Hari seterusnya kami ke Pulau Manukan, lepas tu ke Pasar Filipina dan terus balik ke Semenanjung, ESR ke Tawau. Sekian.